Tuesday, 22 November 2011

batas pergaulan dalam persahabatan...

Setiap manusia perlu mempunyai sahabat, kawan dan rakan..kerana jika kita tidak mempunyai sahabat, kawan dan rakan hidup kita ini akan menjadi sunyi dan seperti kera sumbang..tetapi kita haruslah bijak memilih sahabat...kadang-kadang kita boleh terikut-ikut perkara yang tidak baik melalui sahabat yang salah kita pilih... 
kita sebagai manusia juga perlu ingat bahawa bersahabat,berkawan ini ada batas-batas pergaulannya..Sebelum itu biar saya terangkan apa itu PERGAULAN??

 Maksud PERGAULAN ialah bergaul atau bercampur antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat dalam bentuk pandang memandang, perbualan atau sebarang bentuk interaksi yang lain...

Bagi yang dah berkahwin berkawan itu memang ada batasnya..ini bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku dalam rumahtangga tersebut..Tidak salah untuk kita berkawan tetapi haruslah kita tahu batas-batasnya...Jangan terlalu leka berkawan sehingga lupa dengan tanggungjawab sebagai suami/isteri..Walaupun kita hanya berkawan tak perlulah nak melayan kawan tu setiap masa kerana yang perlu dilayan ialah anak dan isteri/suami...Cara percakapan juga perlulah dijaga..tak perlulah memanggil kawan tersebut dengan perkataan yang lembut seperti sayang dan sebagainya kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan boleh menyebabkan salah paham dalam rumahtangga...jadi disini kita perlu ambil berat tentang batas pergaulan dalam berkawan lebih-lebih lagi yang sudah berpunya..berpada-padalah kalau berkawan....


HUKUM ASAL PERGAULAN
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) adalah haram tetapi ianya tidak bersandarkan nas yang jelas (sorih) secara langsung. Hukum asal haram ini diasaskan kepada hukum lain yang dikhususkan kepada kaum wanita kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur pergaulan di antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin). Batasan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharuskan tetapi masih terikat dengan peraturan syariat ialah:

1. Kerana darurat
Pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan darurat. Contoh: Seorang perempuan bersendirian dalam perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersamanya dengan sekadar untuk membantu dan melindunginya daripada bahaya tanpa ada tujuan lain.

2. Kerana Keperluan / kemaslahatan
Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana hajat atau keperluan syarie dibolehkan. Antaranya pergaulan bertujuan mengurus muamalah maliyah (urusan harta ) seperti jual beli, pergaulan kerana bekerja, pergaulan kerana menjadi saksi dan juga pergaulan kerana berada dalam satu kenderaan awam bertujuan syarie, bukan untuk melakukan maksiat seperti keluar untuk ke tempat kerja, ziarah keluarga dan sebagainya serta kerana belajar. Tetapi pengasingan tempat belajar adalah lebih baik berdasarkan kaedah sadd al-zari’ah (menutup pintu-pintu fitnah).

3. Kerana mengikut adat dan kebiasaan dalam majlis-majlis.
Pergaulan antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri dan sebagainya. Tetapi lebih baik jika dapat diasingkan antara lelaki dan wanita ketika makan dan lain-lainnya supaya menutup pintu-pintu fitnah (sadd al-zari’ah)

Tiga sebab keharusan berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi tersebut tidak secara mutlak tetapi terikat dengan peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak bagi mengelak berlakunya fitnah yang besar.

Antara peraturan syariah yang mesti diikuti bagi mengharuskan pergaulan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dinyatakan di atas ialah:

1. Menundukkan PandanganFirman Allah SWT di dalam surah an- Nur, ayat 30 dan 31. Maksudnya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.”
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka”.

2. Menutup Aurat;
Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur, ayat 31. Maksudnya:
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah sesuatu yang pada adat atau kebiasaannya dapat dilihat dan sukar untuk disembunyikan termasuk baju luar, muka, dua tapak tangan dan perhiasan seperti cincin dan gelang tangan. Perhiasan di rambut dan di kepala adalah haram dan termasuk dalam kategori aurat wanita.

3. Tidak berdua-duaan Antara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi orang ketiganya.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

4. Tidak Melunakkan Ucapan
Wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.

Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Ahzab, ayat 32, maksudnya:
Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu semua bukanlah seperti mana perempuan-perempuan yang lain jika kamu tetap bertaqwa. Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).)

Imam Ibnu Kathir mantafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa ianya adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW dan juga kepada para wanita mukminah iaitu hendaklah berbicara dengan orang lain (lelaki) tanpa suara merdu iaitu janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.

5. Tidak Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ajnabi (Sah Kahwin)
Dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin), tidak dibenarkan berlaku sentuh menyentuh, pegang memegang, cuit mencuit dan seumpamanya walaupun dalam keadaan bergurau dan hubungan yang rapat termasuk bertunang.

Dari Maqil bin Yasar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.”
(Hadis Riwayat Baihaqi) .

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu faraj yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud).


Melalui Hukum Pergaulan di atas kita dapat belajar batas-batas kita dalam pergaulan...Sama-samalah kita belajar kerana zaman sekarang terlalu banyak perkara yang terjadi angkara berkawan..Bagi yang bujang pandai-pandailah membawa diri dan mencari kawan...kerana kadang-kadang kawan ini boleh membunuh diri kita sendiri jika tersalah memilih kawan...Bagi yang sudah berkahwin pun janganlah leka dalam berkawan sehingga lupa akan keluarga...setiap perlakuan ada batasnya...kalau nak berkawan tu kawan la elok-elok jangan lah terlalu over berkawan...Bagi yang bujang tu, dah tahu orang yang dikawan tu statusnya berkahwin janganlah minta dilayan tiap masa,,bermasej,,berchating tiap masa dari awal pagi hingga tengah malam...tu bukan lagi nak berkawan tu dah nak melencong ke arah lain..dah tahu orang yang dikawan tu dah berkahwin tak perlulah nak panggil sayang-sayang,,nak rindu-rindu pelbagai,,tu dah lebih berkawan dan boleh menyebabkan salah paham berlaku antara pasangan itu...berpada-padalah berkawan dengan orang yang berstatus berkahwin...ikhlas kah berkawan macam tu??kalu niat memang hendak berkawan mengapa harus berkawan dengan seorang saja mengapa tidak berkawan dengan pasangan dia sekali?perkara sebegini lah boleh menyebabkan berlakunya penceraian dan pergaduhan suami isteri...

Jadi kesimpulannya disini  Pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah dilarang di dalam Islam. Larangan 

ini lebih kepada menjaga maslahah atau kepentingan manusia itu sendiri. Walau bagaimanapun, kelonggaran 

diberikan dalam keadaan-keadaan tertentu disebabkan darurat, keperluan dan kemaslahatan serta kebiasaan 

adat setempat tetapi masih tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh syariat sebagaimana yang 

telah dinyatakan di atas.

Tuesday, 15 November 2011

salam...lama nya aku x update blog aku..terlalu banyak perkara yang terjadi kepada ku menyebabkan aku malas hendak menulis...aku harap semua kejadian yang berlaku kepada ku menjadi pengajaran kepada ku dan ada hikmahnya setiap yang terjadi...hmmm...buat masa ni aku kekurangan ilham untuk menulis...mungkin aku patut berfikir malam ni apa topik yang patut aku kongsikan di dalam blog aku ni...mungkin aku akan kongsikan topik mengenai PERSAHABATAN..tapi tunggulah bila mood aku kembali ceria dengan sepenuhnya...hmmm...begini lah dunia...kadang-kadang kita gembira dan kadang-kadang kita bersedih...hidup pun ibarat roda...kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah...begitulah kehidupan kita di dunia ini...kita ni di ibaratkan pelakon yang telah diberi watak masing-masing...sebagai manusia kita haruslah pandai membawa diri kita...kerana hidup di dunia ini hanyalah sementara di akhirat juga kekalnya...sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan,,melalui kesilapan itulah kita belajar untuk menjadi yang lebih baik dan memperbaiki apa yang kurang dalam diri kita..di dunia ini juga,segala yang kita lakukan ada balasannya kelak..kadang-kadang Allah balas segala yang kita buat didunia ini secara "cash"...jadi berwaspadalah kita dalam melakukan sesuatu....buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat...kita sering kali lupa dengan adab kita sebagai manusia didunia ini...sebagai manusia,,janganlah kita merampas hak orang lain...selalu kita lihat didunia ini sesetengah orang suka sangat merampas hak orang lain...rampas harta orang,,rampas jawatan orang,,rampas laki / bini orang dan banyak lagi lah...janganlah bersikap seperti itu...kerana Allah tidak suka akan perangai seperti itu...hmmm...melalut-lalut lah aku ni...aku cakap xda mood tp boleh melalut pasal kehidupan....sebenarnya kalau nak dikongsikan berkenaan dengan kehidupan ni memang panjang dan tak habis rasanya kerana terlalu banyak watak manusia didunia ni....nanti aku akan kongsikan topik KEHIDUPAN ni dengan lebih panjang,,tersusun dan teratur..wasalam....

Thursday, 3 November 2011

Rahsia Perkahwinan

 Seringkali kita menganggap bahawa diri kita sudah menjadi orang baik serta kita sudah membuat yang terbaik untuk keluarga kita. Padahal kita adalah orang yang teramat miskin dengan meluahkan penghargaan. Kita hanya menghargai orang yang kita cintai setelah kita kehilangannya, atau ketika kita sakit dan ketika berjauhan...Bukankah hidup ini akan menjadi lebih indah apabila kita senantiasa menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang, disaat hubungan kita penuh dengan kemesraan dan kehangatan? Sikap menghargai keluarga, anak-anak dengan penuh kebahagiaan adalah tanda rasa syukur kita kepada ALLAH SWT yang menjadi kekuatan kepada kita sekiranya badai datang melanda.

rumah tangga...

Salam...topik hari ini aku ingin kongsikan ialah rumah tangga..Setiap pasangan yang telah berkahwin akan menempuhi fasa hidup baru iaitu fasa berumahtangga...Dalam institusi berumahtangga ini pasangan hendaklah saling percaya-mempercayai,,jujur antara satu sama lain,,saling mencintai antara satu sama lain,,dan jangan ada rahsia diantara pasangan...Jika semua perkara itu tiada mungkin sesuatu perkara yang kita tidak inginkan akan berlaku...Sebagai suami isteri juga haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain..Janganlah terlalu ego...Si suami haruslah pandai menjaga hati si isteri..si isteri juga perlu pandai menjaga hati si suami dan menambat hati suami...Jika terdapat perselisihan faham cepat2lah dibawa berbincang...Jiksa si suami masih dalam keadaan marah tunggulah sehingga keadaan reda,,minta maaf lah kepada suami walaupun kesalahan atau kesilapan yang terjadi itu bukan dari kita...si suami pun perlu minta maaf kepada suami jika terdapat kesalahan dan telah menyinggung perasaan isteri..Sesungguhnya Allah suka akan sikap saling memaafi antara suami isteri...Para suami harus ingat bahawa si isteri mudah tersinggung kerana hati seorang wanita ini lembut dan mudah terasa hati..jadi,,bila si isteri tersinggung,,pujuklah dia...Janganlah dibiarkan si isteri itu menangis kerana isteri datang dari tulang rusuk suami, tidak dari kakinya untuk berjalan diatasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, dibawah lengan untuk dilindungi dan disebelah sisi hatinya untuk disayangi...Berhati-hatilah jika kamu membuat isterimu menangis, kerana Allah s.w.t mengira air matanya....Jadi jika mempunyai masalah dan salah faham cepat-cepatlah diselesaikan tetapi janganlah menyelesaikan masalah itu dengan mengambil cara mudah iaitu berpisah kerana sesungguhnya perkara yang halal yang sangat dibenci oleh Allah s.w.t ialah BERCERAI..lumrah rumahtangga sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...
Dalam zaman yang serba moden ini kebanyakan manusia mengambil ringan berhubung dengan rumah tangga ini...Mereka langsung tidak sayang akan rumahtangga yang telah mereka bina..kadang-kadang sedih melihat anak-anak yang tidak terurus gara-gara ibu bapa yang bercerai...Suami isteri haruslah saling mengasihi...Dekatkan diri kita dengan Allah...jangan terlalu ikutkan nafsu kerana ia akan membinasakan kita...Sesungguhnya rumahtangga yang kita bina itu adalah kerana Allah s.w.t bukannya kerana nafsu,,jadi jagalah rumahtangga kita dengan sebaik yang mungkin..dekatkan diri dengan Allah,,bersama-samalah mencari berkat dalam rumah tangga...Janganlah bersikap curang dengan pasangan...Jika pasangan anda membuat salah tegurlah dia janganlah dimaki...sama-sama kita belajar dari kesilapan...
Aku pun bukanlah manusia yang sempurna..aku juga berusaha menjaga rumahtangga ku..Aku sangat sayang akan rumahtangga ku..aku sayang akan suami dan anak-anakku...Aku sentiasa membaiki kelemahan diriku...aku sentiasa berdoa agar Allah s.w.t sentiasa melindungi rumahtangga ku dari perkara yang tidak baik..semoga rumahtangga yang aku bina bersama suami ku kekal hingga ke akhir hayat dan hingga syurga....Aminnnn....